Pages
LuRuH HaTi iBu BiLa iBu LiHaT aNaK iBu.....
SeDiH DaN MoNYoK Je...
TaK SiHaT...
TaKNaK MaKaN...aNaK iBuKaN KuaT MaKaN..
HaTiNYa TeRLuKa...
TaK GeMBiRa...
MeNaNGiS...
DiMaRaHi...TeRuTaMa oLeH aBaH..
TaK DaPaT aPa YaNG DiHaJaTi...
TaK BeRJaYa...
CuLaS...
JaDi iBu NaK aNaK iBu...
JaNGaN BeRSeDiH Lagi...iBuKaN aDa
SiHaT SeNTiaSa...KaLau TaK SiHaT BoLeH JuMPa DoKToR
MaKaN BaNYaK2...DuiT BoLeH DiCaRi
MeNJaGa HaTi...
GeMBiRa SeNTiaSa...
JaNGaN NaKaL2...NaNTi aBaH TaK MaRaH LaGi
MeNDaPaT aPa YaNG DiHaJaTi...
SeNTiaSa BeRJaYa...
JaNGaN MaLaS2 LaGi...
iBu SaYaNG auLia....
Kaedah Rasulullah dan sahabat mendidik anak...
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur.”
(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.
Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:
Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.
Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.
Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.
Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.
Bicara Cintaku..
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintaikamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.
Kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya)rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong,ia tumbuh dan tumbuh lagi.
Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : “Memaafkan”.
“Aku mencintaimu” , sukarkah untuk dilafazkan?? ?
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kaubenci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya
jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya. Jika kasih sayang telah mencapai batasnya,maka ia dinamakan Cinta."Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”.Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ciannye bb Syahmi dan ibunye...
Inilah keadaaan bb syahmi apabila tiba mase menyusu. Hati ibu mana yang tak sedih melihat situasi sebegini. Perasaan siapakah yang tak tersentuh ketika melihat bb menangis untuk mendapatkan setitik susu dari ibunya.
Alhamdulillah segalanya sudah berlalu. Bb syahmi dah pandai menyusu menggunakan puting. Bb dah tak tersedak lagi bila tiba masa menyusu. Ibu dah tak risau coz bb dah tak tersedak lagi. Risau kalau bb tak bernafas pulak. Ibu dah lega melihat bb menyusu macam budak yang lain dan kenyang selepas menyusu. Tak macam dulu, susu asyik meleleh keluar minumnya sikit je.
Bb syahmi memang seorang insan yang mulia dan memahami jerih perit ibunya. Sentiasa belajar untuk survive di dunia dengan sabar dan berani. Bb pun sebenarnya risau kalau ibunya risau akan keadaan dirinya. Bb juga risau kalau ibu hilang semangat dan putus asa kalau bb masih tak boleh menyusu macam budak normal yang lain. Bb juga tak mahu melihat ibunya sedih. Bb syahmi sayang pada ibunya. Bb syahmi nak ibunya senang macam ibu yang lain.
Semoga Allah S.W.T. akan sentiasa memberi keberkatan dan kekuatan kepada bb dan ibu untuk mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Insha Allah..
p/s: ari ni bb syahmi balik ipoh...hoorayy...boleh buli bb lagi. rindunye saat2 itu...
About Ray Creations
Blog Archive
thanks for dropping by and feel free to comment..
Followers
About Me
- ibuaulia
- Alhamdulillah I've married to a kind and quite good looking man.We're happy to have each other.We've been married for quite some time but unfortunately we haven't had a child until the 17th of September 2007.The procrastination was due to certain circumstances that couldn't be avoided.However, finally we've managed to have a sweet child, Nur Aulia Farzana. We hope that this great gift from Allah S.W.T. will be a good muslim and good daughter too.Insha Allah...