Ciannye bb Syahmi dan ibunye...



Inilah keadaaan bb syahmi apabila tiba mase menyusu. Hati ibu mana yang tak sedih melihat situasi sebegini. Perasaan siapakah yang tak tersentuh ketika melihat bb menangis untuk mendapatkan setitik susu dari ibunya.


Alhamdulillah segalanya sudah berlalu. Bb syahmi dah pandai menyusu menggunakan puting. Bb dah tak tersedak lagi bila tiba masa menyusu. Ibu dah tak risau coz bb dah tak tersedak lagi. Risau kalau bb tak bernafas pulak. Ibu dah lega melihat bb menyusu macam budak yang lain dan kenyang selepas menyusu. Tak macam dulu, susu asyik meleleh keluar minumnya sikit je.


Bb syahmi memang seorang insan yang mulia dan memahami jerih perit ibunya. Sentiasa belajar untuk survive di dunia dengan sabar dan berani. Bb pun sebenarnya risau kalau ibunya risau akan keadaan dirinya. Bb juga risau kalau ibu hilang semangat dan putus asa kalau bb masih tak boleh menyusu macam budak normal yang lain. Bb juga tak mahu melihat ibunya sedih. Bb syahmi sayang pada ibunya. Bb syahmi nak ibunya senang macam ibu yang lain.


Semoga Allah S.W.T. akan sentiasa memberi keberkatan dan kekuatan kepada bb dan ibu untuk mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Insha Allah..


p/s: ari ni bb syahmi balik ipoh...hoorayy...boleh buli bb lagi. rindunye saat2 itu...


1 comments:

  1. Bb Syahmi budak yang cepat belajar & sentiasa mahu berusaha utk belajar.. Gud boy!! Ptg ni Cik Salina dtg ye Syahmi.. :D

Post a Comment