1 comments

LuRuH HaTi iBu BiLa iBu LiHaT aNaK iBu.....




















SeDiH DaN MoNYoK Je...
TaK SiHaT...
TaKNaK MaKaN...aNaK iBuKaN KuaT MaKaN..
HaTiNYa TeRLuKa...
TaK GeMBiRa...
MeNaNGiS...
DiMaRaHi...TeRuTaMa oLeH aBaH..
TaK DaPaT aPa YaNG DiHaJaTi...
TaK BeRJaYa...
CuLaS...


JaDi iBu NaK aNaK iBu...

JaNGaN BeRSeDiH Lagi...iBuKaN aDa
SiHaT SeNTiaSa...KaLau TaK SiHaT BoLeH JuMPa DoKToR
MaKaN BaNYaK2...DuiT BoLeH DiCaRi
MeNJaGa HaTi...
GeMBiRa SeNTiaSa...
JaNGaN NaKaL2...NaNTi aBaH TaK MaRaH LaGi
MeNDaPaT aPa YaNG DiHaJaTi...
SeNTiaSa BeRJaYa...
JaNGaN MaLaS2 LaGi...



iBu SaYaNG auLia....
0

Kaedah Rasulullah dan sahabat mendidik anak...




Artikel di bawah dipetik daripada Bab 5: Suri Rumah Si Ibu dalam buku Manual Kerja Super Isteri. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.




Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.


Rasulullah s.a.w bersabda:
“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur.”
(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)



Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:
Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.



Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.



Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.


Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.



Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?



Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.



Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.


Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat.



Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.


0

Bicara Cintaku..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata Cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat,dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah- gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintaikamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Cinta adalah keabadian… dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta itu membuatkan kita gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Setiap orang punya rasa cinta.Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia..
Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya)rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong,ia tumbuh dan tumbuh lagi.
Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : “Memaafkan”.
“Aku mencintaimu” , sukarkah untuk dilafazkan?? ?
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kaubenci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya
jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya. Jika kasih sayang telah mencapai batasnya,maka ia dinamakan Cinta."Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”.Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit. Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. Cinta ia tetap hadir, ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberipada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itubila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara,bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintaikamu dengan sepenuh hatinya.

Mereka yang cintanya selalu dibalas, kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar. Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata. Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta. Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain. Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati.

Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu. Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi. Tetapi kita tak pernah menghargainya bila ia hadir tetapi akan membuatkan kita menderita bila ia pergi……. …..


Wassalam....

1 comments

Ciannye bb Syahmi dan ibunye...



Inilah keadaaan bb syahmi apabila tiba mase menyusu. Hati ibu mana yang tak sedih melihat situasi sebegini. Perasaan siapakah yang tak tersentuh ketika melihat bb menangis untuk mendapatkan setitik susu dari ibunya.


Alhamdulillah segalanya sudah berlalu. Bb syahmi dah pandai menyusu menggunakan puting. Bb dah tak tersedak lagi bila tiba masa menyusu. Ibu dah tak risau coz bb dah tak tersedak lagi. Risau kalau bb tak bernafas pulak. Ibu dah lega melihat bb menyusu macam budak yang lain dan kenyang selepas menyusu. Tak macam dulu, susu asyik meleleh keluar minumnya sikit je.


Bb syahmi memang seorang insan yang mulia dan memahami jerih perit ibunya. Sentiasa belajar untuk survive di dunia dengan sabar dan berani. Bb pun sebenarnya risau kalau ibunya risau akan keadaan dirinya. Bb juga risau kalau ibu hilang semangat dan putus asa kalau bb masih tak boleh menyusu macam budak normal yang lain. Bb juga tak mahu melihat ibunya sedih. Bb syahmi sayang pada ibunya. Bb syahmi nak ibunya senang macam ibu yang lain.


Semoga Allah S.W.T. akan sentiasa memberi keberkatan dan kekuatan kepada bb dan ibu untuk mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Insha Allah..


p/s: ari ni bb syahmi balik ipoh...hoorayy...boleh buli bb lagi. rindunye saat2 itu...


0

warkah buat anakku



Anakku Tercinta,


Seperti baru kelmarin rasanya ketika tangan kecilmu berada di genggaman tanganku.


Aku masih dapat membayangkan wajahmu ketika baru dapat berjalan. Tetapi waktu amat mencemburui kita, mencuri saat-saat kamu membesar.


Ibu dapat melihat sekarang, kamu sudah dewasa. Bagaimana mungkin kerna seperti baru kelmarin Ibu menghantarmu di hari pertamamu masuk sekolah.


Ibu melihat kamu begitu cemas menghadapi masa depanmu. Dan ibu merasa cemas juga, bukan kerana kamu tidak akan berjaya, tapi kerana ibu tahu ibu harus melepaskanmu. Ibu harus merelakanmu memilih jalan yang kamu pilih.


Ketahuilah bahwa ibu di sini jika kamu memerlukan nasihat ibu. Ibu harap kamu masih sudi untuk bertanya. Ketahuilah bahwa ibu menginginkan yang terbaik untukmu, tetapi bagaimanapun kamu harus memutuskan sendiri.


Sejak kamu lahir, ibu telah dipenuhi oleh mimpi-mimpi akan tempat yang akan kamu kunjungi, dan orang-orang yang akan kamu temui. Menyedari bahwa suatu saat, kamu akan pergi mencari pengalamanmu sendiri.


Bawalah bersamamu cinta ibu. Moga akan Membuatmu lega ketika kamu sedang resah. Bawalah harapan ibu bersamamu. Semoga dapat menjadi keberanian di saat kamu menghadapi kekalahan. Bawalah segala cahaya yang ibu ada. Semoga dapat menjadi penerang jika kamu mengalami kegelapan.


Ini adalah proses dari kehidupan dan tujuan hidup kita. Ibu diberkati dalam segala hal, tapi kamu, Nur aulia farzana, telah menjadi berkah terbesar buat ibu. Ibu akan selalu di sini menyayangimu.


ibuaulia
0

Anugerah Allah

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.


Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Dan pastinya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh.


Anugerah Allah ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.


Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka? Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti.


Cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?


p/s: ingat nak upload video Syahmi menyusu guna botol bersudu di depan. Tapi tak boleh. Maybe next time guys. Dalam video tu boleh lihat betapa sukarnya Syahmi berusaha untuk mendapatkan susu. Siapa yang sanggup melihat anak kecil ini menangis ketika menyusu dan kadang kalanya tersedak dan ini cukup merisaukan ibunya. Ida selalu cakap "risau kalau tiba2 baby 'turn blue' plak. Tak tahu nak buat apa."


p/s/s: tapi kalian jangan risau ye. Baby Syahmi dah pandai menyusu guna puting. Alhamdulillah sehari before dia p Melaka hari tu. Lihatlah betapa Syahmi kuat untuk survive di dunia yang serba mencabar ini. Hopefully kejayaan ini akan menjadi titik permulaan untuk semua kejayaan yang bakal dianugerahkan pada Syahmi kelak. Insha Allah..


1 comments

Acik Ina buli si kecik



Hari ni dah hari Khamis...bila le Acik Ina boleh jumpe Syahmi lagi ni...teringat masa Acik buat Syahmi nangis...tapi Syahmi ni budak yang baik...kalau nangis pun sekejap je...dapat susu terus diam...


semalam masa ibu Syahmi tgh siap nak pergi Melaka dapat le acik main jap ngan Syahmi...Syahmi pun tidur kejap kat tangan acik....bila le boleh ulang lagi time best macam tu...


Syahmi ada rindu kat acik tak?Syahmi jangan nakal2 tau...Syahmi kena kuat...nanti kalau ada masa acik Ina akan tulis cerita kejayaan Syahmi minum pakai puting susu instead of sudu plak ye...betul le kata acik salina, Syahmi ni sentiasa akan buat ibu Syahmi tersenyum dengan setiap kejayaan yang Syahmi capai...berusahalah nak...moga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat kelak...insha Allah...