Anugerah Allah

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.


Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Dan pastinya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh.


Anugerah Allah ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.


Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka? Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti.


Cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?


p/s: ingat nak upload video Syahmi menyusu guna botol bersudu di depan. Tapi tak boleh. Maybe next time guys. Dalam video tu boleh lihat betapa sukarnya Syahmi berusaha untuk mendapatkan susu. Siapa yang sanggup melihat anak kecil ini menangis ketika menyusu dan kadang kalanya tersedak dan ini cukup merisaukan ibunya. Ida selalu cakap "risau kalau tiba2 baby 'turn blue' plak. Tak tahu nak buat apa."


p/s/s: tapi kalian jangan risau ye. Baby Syahmi dah pandai menyusu guna puting. Alhamdulillah sehari before dia p Melaka hari tu. Lihatlah betapa Syahmi kuat untuk survive di dunia yang serba mencabar ini. Hopefully kejayaan ini akan menjadi titik permulaan untuk semua kejayaan yang bakal dianugerahkan pada Syahmi kelak. Insha Allah..


0 comments:

Post a Comment