0

warkah buat anakku



Anakku Tercinta,


Seperti baru kelmarin rasanya ketika tangan kecilmu berada di genggaman tanganku.


Aku masih dapat membayangkan wajahmu ketika baru dapat berjalan. Tetapi waktu amat mencemburui kita, mencuri saat-saat kamu membesar.


Ibu dapat melihat sekarang, kamu sudah dewasa. Bagaimana mungkin kerna seperti baru kelmarin Ibu menghantarmu di hari pertamamu masuk sekolah.


Ibu melihat kamu begitu cemas menghadapi masa depanmu. Dan ibu merasa cemas juga, bukan kerana kamu tidak akan berjaya, tapi kerana ibu tahu ibu harus melepaskanmu. Ibu harus merelakanmu memilih jalan yang kamu pilih.


Ketahuilah bahwa ibu di sini jika kamu memerlukan nasihat ibu. Ibu harap kamu masih sudi untuk bertanya. Ketahuilah bahwa ibu menginginkan yang terbaik untukmu, tetapi bagaimanapun kamu harus memutuskan sendiri.


Sejak kamu lahir, ibu telah dipenuhi oleh mimpi-mimpi akan tempat yang akan kamu kunjungi, dan orang-orang yang akan kamu temui. Menyedari bahwa suatu saat, kamu akan pergi mencari pengalamanmu sendiri.


Bawalah bersamamu cinta ibu. Moga akan Membuatmu lega ketika kamu sedang resah. Bawalah harapan ibu bersamamu. Semoga dapat menjadi keberanian di saat kamu menghadapi kekalahan. Bawalah segala cahaya yang ibu ada. Semoga dapat menjadi penerang jika kamu mengalami kegelapan.


Ini adalah proses dari kehidupan dan tujuan hidup kita. Ibu diberkati dalam segala hal, tapi kamu, Nur aulia farzana, telah menjadi berkah terbesar buat ibu. Ibu akan selalu di sini menyayangimu.


ibuaulia
0

Anugerah Allah

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.


Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Dan pastinya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh.


Anugerah Allah ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.


Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka? Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti.


Cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?


p/s: ingat nak upload video Syahmi menyusu guna botol bersudu di depan. Tapi tak boleh. Maybe next time guys. Dalam video tu boleh lihat betapa sukarnya Syahmi berusaha untuk mendapatkan susu. Siapa yang sanggup melihat anak kecil ini menangis ketika menyusu dan kadang kalanya tersedak dan ini cukup merisaukan ibunya. Ida selalu cakap "risau kalau tiba2 baby 'turn blue' plak. Tak tahu nak buat apa."


p/s/s: tapi kalian jangan risau ye. Baby Syahmi dah pandai menyusu guna puting. Alhamdulillah sehari before dia p Melaka hari tu. Lihatlah betapa Syahmi kuat untuk survive di dunia yang serba mencabar ini. Hopefully kejayaan ini akan menjadi titik permulaan untuk semua kejayaan yang bakal dianugerahkan pada Syahmi kelak. Insha Allah..


1 comments

Acik Ina buli si kecik



Hari ni dah hari Khamis...bila le Acik Ina boleh jumpe Syahmi lagi ni...teringat masa Acik buat Syahmi nangis...tapi Syahmi ni budak yang baik...kalau nangis pun sekejap je...dapat susu terus diam...


semalam masa ibu Syahmi tgh siap nak pergi Melaka dapat le acik main jap ngan Syahmi...Syahmi pun tidur kejap kat tangan acik....bila le boleh ulang lagi time best macam tu...


Syahmi ada rindu kat acik tak?Syahmi jangan nakal2 tau...Syahmi kena kuat...nanti kalau ada masa acik Ina akan tulis cerita kejayaan Syahmi minum pakai puting susu instead of sudu plak ye...betul le kata acik salina, Syahmi ni sentiasa akan buat ibu Syahmi tersenyum dengan setiap kejayaan yang Syahmi capai...berusahalah nak...moga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat kelak...insha Allah...



2

syahmi boleng...





Apalah Syahmi buat kat Melaka tu. Ibu Syahmi ni tak reti2 nak update fb ke blog ke...rindu le kat Syahmi tu...ni Acik Ina publish video Syahmi boleng...hehehe..jgn marah ye...nanti kena jual..



Juz untuk pengubat windu....

1 comments

Agenda: Buli Syahmi sblm Syahmi pergi Melaka

Lamanya Syahmi kat Melaka. Acik nak ikut, kena kerja plak. Tak boleh le acik dukung Syahmi. 3 minggu tu lama le Ibu Syahmi.

Dah banjir dah area Seri Iskandar ni dgn deraian air mata Acik Ina. Pakcik tak habis nak gelakkan acik tau. Tapi nak buat macam mana. Dah rasa sedihnye berjauhan. Sampai kakak Aulia kata "nape ibu nangis? Syahmi tukan anak Maksu". Itulah kata- kata budak 4 tahun yg takkan fakam perasaan dan naluri seorang perempuan yang bergelar ibu.

"Syahmi tu dah macam anak ibu tau Aulia. Aulia kena sayang Syahmi macam Aulia sayang ibu dengan abah ye".

Takpe la Syahmi besok sebelum Syahmi pergi Melaka acik datang buli ye. Tunggu acik datang tau. Kakak Aulia dengan abang Nabil kita hantar rumah nenek ye. Boleh le acik main dengan Syahmi puas- puas.
0

Kisah Dongeng- Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya

Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
2

Hidup & Mati hanya kerana Allah...



Tiada siapa menyangka akan kehadiran sebutir permata ke dunia. Sebutir permata yang disangka pasir dahulunya. Kehadirannya ke dunia disangkal dan dinafikan. Kewujudannya tiada kepastiaan.

Yang pastinya 'hidup dan mati hanya kerana Allah'. Hidup dan mati hanya Allah yang mengetahuinya. Perjalanan hidup manusia telah ditentukanNya.

Disaat menerima berita gembira adikku mengandung lagi, aku seakan- akan mencemburuinya. Diriku masih belum bersedia untuk satu lagi kelahiran. Aku sering mengalami kesakitan di seluruh tubuhku.

"Takpe la, dah rezeki dia. Kalau ada rezekiku nanti adalah." Aku cuma berharap suamiku redha dan menerima keadaan diriku ini.

Hampir setiap minggu Ida adikku yang seorang ni bersiar dan makan angin. Tidak kira kemana sahaja. Kadang kala ke Tesco, Taiping dan mana sahaja yang terlintas.

Aku pula, asyik menanggung kesakitan. Kadang kala sakit badan dan selalunya mengalami gastrik. Seleraku hilang entah kemana. Cuti rehatku pula habis akibat kesakitan yang ku alami ini.

Tiba- tiba setelah beberapa bulan Ida mengandung, dia mula merasa sakit badan dan mengalami alahan gatal- gatal badan dan kurang selera makan. "Biasalah orang mengandung", detik hatiku.

Aku mula berasa risau dengan keadaan adikku ini kerana hampir setiap hari Ida akan mengalami kesakitan. Ida tidak akan keluar rumah lama- lama lagi kerana kesakitan yang dialaminya itu.

Ida selalu akan membuat pemeriksaan doktor samada di Klinik Kesihatan ataupun dengan doktor kesayangannya, Doktor Ranjoth Singh. Setiap kali pemeriksaan tiada komplikasi atau masalah yang timbul. Anak dan Ibu sihat seperti biasa cuma Ida sahaja akan kerap mengalami 'alahan'.

Entahlah, apalah nasib adikku ini. Hanya berserah pada Yang Esa kerana semua ini adalah ujian dan dugaanNya untuk menduga keimanan dan kesabaran umatNya.

Kata orang, talian yang kuat akan membuat seseorang itu lebih peka akan musibah atau perkara yang berlaku kepada orang yang ada pertalian itu. Misalnya ibu akan boleh berasa risau jika anaknya berasa risau juga. Kadang kala itulah yang aku rasai. Jika Ida merasa sakit aku juga akan merasa sakit yang sama walaupun tidak sesakit Ida. Pernah seketika mata kiri Ida naik ketumbik. Seminggu kemudian mata kiriku juga naik ketumbik. Kebetulan ataupun tidak, hanya Allah Maha Mengetahuinya.

Tiba- tiba tanpa menduga, Ida semakin jarang keluar rumah. Hinggalah pada trimester ketiga masuk bulan ketujuh Ida mengandung, dia mula mengelak bila diajak keluar. Rupa- rupanya Ida risaukan kandungannya. Pada hujung minggu tersebut, dia berjumpa dengan Doktor Ranjoth Singh untuk pemeriksaan biasa. Tetapi terdapat kelainan pada wajah dan cara percakapan doktor tersebut. Seolah- olah merahsiakan sesuatu. Doktor Ranjoth kemudiannya menulis surat 'refer' ke hospital kerajaan untuk imbasan 4D dengan bantuan seorang rakannya iaitu Doktor Japharash.

Inilah yang merisaukan Ida. Dia tidak dimaklumkan kenapa, tetapi melalui imbasan yang dilakukan Doktor Ranjoth tadi, Ida seperti dapat melihat sesuatu yang berbeza di skrin tetapi tidak berani untuk memikirkannya. Ida hanya mampu berdoa dan menunggu apa sahaja keputusan pada hari Isnin kelak.

Ketika tiba hari yang dinantikan, Ida seolah- olah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak yang dikandungnya mengalami pelbagai masalah seperti masalah sumbing, jantung, buah pinggang dan kedua- dua kakinya tidak seperti kanak- kanak normal.

"Ya Allah, apakah maksud dugaanMu ini. Adakah ini satu dugaan Ya Allah". Maha Besar ujian Mu kali ini. Adakah ini ujian untuk Ida? Tidak dan bukan. Semua ini harus ditanggung tuan punya jiwa dan tubuh. Kerana dugaan ini yang pasti hanya untuk insan kerdil teristimewa di dalam perut adikku. Apa yang pasti semua yang berada di kelilingnya harus malu dengan insan kerdil ini, kerana kandungan ini dilahirkan kuat, tabah, dan berani.

"Puan bersabar ye, baby mungkin tak boleh survive. Peluang yang ada pun cuma 30% sahaja", itulah yang sering diungkapkan oleh semua doktor. Tapi apabila Ida menceritakannya, walaupun mulutku membisu seribu bahasa, tetapi hatiku sering menafikannya. Aku seolah- olah dapat melihat Syahmi membesar sihat dan kuat. Hatiku sering berdetik yang Syahmi akan survive ketika kelahirannya. Aku semakin dekat dengan insan kerdil itu.

Ketika tiba saat- saat kelahirannya, Ida kulihat seperti tiada semangat. Hatinya luntur dan luruh. Air matanya sering bergenangan. Itu sahaja penemannya ketika perasaannya bercampur baur dengan takut, sedih, risau dan bermacam lagi perasaan yang lain. Ida ditakdirkan untuk menerima suntikan 'induse' untuk kelahiran normal. Tetapi setelah dua hari bermatian untuk melahirkan dengan kuasa Allah, Ida dibedah kerana jalannya hanya terbuka 7cm sahaja. Itulah rezeki yang harus kita terima dan redha kerana di setiap kejadian ada hikmahnya.

Pada tengah malam 5 Oktober 2011, maka lahirlah seorang insan teristimewa bernama Syed Danial Syahmi yang bakal menggoncang dunia, membuka mata ribuan insan yang lemah dan memberi harapan kepada jutaan yang memerlukan.

Walaupun pada awalnya dia kelihatan lemah dan perlu dimasukkan ke wad NICU, Syahmi semakin kuat untuk hidup. Dari wad NICU dia dipindahkan ke wad HDU dan kemudiannya dipindahkan pula ke wad kanak- kanak.

Alhamdulillah dia semakin sihat dan kuat. Semua komplikasi yang dialaminya adalah benar tetapi dek kerana keberanian yang ditonjolkan semua itu bakal berubah. Dia akan menjalani pembedahan membetulkan sumbing pada usianya 3 bulan, pembedahan jantung berlubang apabila pada usia mungkin 4 bulan ke atas dan ajaibnya buah pinggang yang dikatakan hanya ada satu, sebenarnya lengkap sepasang dan berfungsi dan kakinya bukanlah satu masalah besar untuk dia hidup di dunia yang mencabar ini.

Syahmi yang pastinya, Acik Ina amat menyayangimu. Kuatlah sayang, membesarlah seperti kanak- kanak lain. ACik Ina akan sentiasa ada ketika kamu memerlukan segalanya.

Ketika ini, Acik Ina mendapat berita yang Syahmi kan mengikut ibu berpantang di rumah Mak long Hanom di Melaka. Acik Ina akan sentiasa merindui tangisan dan pandangan matamu. Jangan nakal- nakal ye. Jaga ibu tau coz ibu Syahmi tu tak sekuat Syahmi.

Acik akan sentiasa doakan kesejahteraan Syahmi di dunia dan akhirat. Ameen...